Thursday, May 31, 2012

CINTA


"Cinta ada kekuatan yang mampu..

mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur

mengubah malang jadi untung, mengubah sedih jadi riang

mengubah setan jadi manusia, mengubah iblis jadi malaikat

mengubah sakit jadi sihat, mengubah bakhil jadi dermawan

mengubah kandang jadi taman, mengubah penjara jadi istana

mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi mahabbah

Itulah dia Cinta.."

Sunday, April 8, 2012

♥ BILA NAK KAHWIN? ♥



~Jawapan terbaik apabila disoal tentang perkahwinan~

: "Kenapa lambat?"

: "Kerana Allah tahu masa yang terbaik untukku..."

: "Dah berpunya?"

: "Ya, kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing-masing..."

: Siapa?

: "Nanti Allah akan perkenalkan kepadaku..."

: "Bila?"

: "Bila kami dah bersedia untuk dipertemukan,
InsyaAllah jemput datang ke walimatul urusku nanti..."


Janganlah selalu bertanya bila seseorang itu hendak berkahwin...
Kerana semua rahsia itu terletak di tangan Allah...
Sampai masa Allah akan membongkarkannya jua...

Monday, April 2, 2012

Tulang Rusuk~

Kepada pemilik tulang rusukku. Akan ku mencari dan mendapatkanmu.
Akan ku sentiasa menanti dan berdoa agar dipertemukan denganmu.
Jika bukan di sini, mungkin di syurga nanti :) ♥♥

Aku harap dia adalah seorang yang baik akhlaknya dan kuat imannya ^_^

Wahai para gadis yang resah menunggu, jangan menangis atau bersedih tentang jodohmu... ♥
InsyaAllah Dia akan temukanmu dengan pemilik tulang rusukmu bila sudah tiba masanya... ♥
Dalam waktu itu, teruskan menanti dan menjadi yang terbaik buatnya... ♥

Saturday, March 24, 2012

Dalam Diam~

✿~ Dalam diam, kamu LIHAT facebook dakwah dia..
✿~ Diam-diam, kamu TERTARIK dengan penulisannya..
✿~ Diam-diam, kamu SUKA gaya bahasanya..
✿~ Diam-diam, kamu MINAT dengan cara penyampaiannya..
✿~ Diam-diam, kamu COPY status di wallnya..
✿~ Diam-diam, kamu IKUTI perkembangannya..
✿~ Apa pun kamu buat, dalam diam saja..

Kamu diam dan terus berdiam kerana diam menjadi PILIHAN, untuk KEBAIKAN diri kamu sendiri..

Friday, February 17, 2012

Somebody That I Used to Know

Sape yg pernah kena apppendik??



Rasa mcam sakit perut biasa?? tapi awas sebab mungkin korang kena appendik..huhu

So,aku sebagai salah seorang yg pernah kena & dah selamat di operate nak share skit pasal penyakit...

Simptom2..
* Peringkat awal (simptom yang kerap berlaku) : kesakitan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudiannya akan terasa hingga ke bahagian bawah kanan abdomen.
* Jika radang merebak ke tisu sekitar, kesakitan lebih menusuk dan semakin teruk.
* Loya dan muntah-muntah
* hilang selera makan
* sembelit
* sukar membuang angin
* cirit-birit
* bengkak pada abdomen
* demam

**simptom yg aku kena sakit perut,sembelit dan demam...1st doktor cakap masuk angin,tapi time aku nak balik dah tiba2 nurse panggil aku balik cakap nk cek darah..then terus masuk wad, esok pagi terus kena bedah..huhu

Cara nak kesan (doktor ajar aku)..

try tekan kat tempat yg sakit tu...then lepaskan cepat2....

kalo ada rasa sakit masa lepaskan tu....

pegi dapatkn rawatan segera...

Thursday, February 16, 2012

Bilakah waktunya akan tiba?...


Ya Allah...
Aku memohon petunjuk dariMu...
Sampai bilakah harus aku tunggu...
Siapakah yang akan menemaniku hingga hujung waktu...

Yang datang silih berganti...hanya singgah untuk sementara...

Hanya padaMu aku berserah...